Followers , Don't Forget To Follow Me Dear Friend

Ingin Tahu Pasal Iklan ni ... Clik When U See an Ads Baner

Klik Baner Duit Tabung ... Clik When U See an Ads Banner

Kongsi Ilmu

Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan
Bismillahhirahmanirrahim
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
DOA MURAH REZEKI
~wajar diamalkan setiap waktu…
Ya Allah,sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia;
jika ia ada dibumi,keluarkanlah ia, dan jika ia ada didalam lautan,munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,dekatkanlah ia,
jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.
Aminnn...
sABaR iTu kUnCi KEjayAaN,
Sabar itu separuh daripada iman,
Syukur dan sabar adalah kunci kehidupan,
Sikap sabar dan tawakal adalah kunci keberhasilan,
Pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas,
Sabar Kunci Sukses ,
Apa sahaja amalan di lakukan dengan Ikhlas dan disertai kesabaran,
Insya ALLAH akan beroleh kemakrifah kepada ALLAH Taala.
"Sesungguhnya ALLAH Taala bersama-sama dengan orang yg sabar..."

Keikhlasan Hati Punca Ketenangan :L --> ):

Friday, April 30, 2010

Petua Menghilangkan Kedut Muka

Menghilangkan Kedut Muka

Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya.

Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

Sunday, April 25, 2010

Teratai ( Water Lily )

Teratai(Nelumbium nelumbo Druce)
Sinonim := Nelumbiurn nuciferum,
Gaertn. = N. speciosum,
Wilid. = Nelumbo nucifera,
Gaertn. = Nyrnphaea nelumbo, Linn.
Familia : Nymphaeaceae

Nama Lokal :
Padma, seroia, terate, tarate, taratai besar.;

Uraian :

Tanaman air menahun yang indah, asli dari daratan Asia. Teratai dibudidayakan di perairan anak sungai dan kolam, kadangkala ditemukan tumbuh liar di paya-paya. Tanaman air yang tumbuh tegak. Rimpang tebal bersisik, tumbuh menjalar.

Daun dan bunga keluar langsung dari akarnya yang terikat pada lumpur di dasar kolam. Helaian daun lebar dan bulat, disangga oleh tangkai yang panjang dan bulat berdiameter 0,5-1 cm, panjangnya 75-150 cm. Daun menyembul ke atas permukaan air, menjulang tegak seperti perisai. Permukaan daun berlilin; warnanya hijau keputihan, tepi rata, bagian tengah agak mencekung, tulang daun tersebar dari pusat daun ke arah tepi, diameter 30-50 cm.

Bunganya harum, tumbuh menjulang di atas permukaan air dengan tangkai bulat panjang dan kokoh, panjang tangkai bunga 75-200 cm. Diameter bunga 15-25 cm, benang sari banyak kepala sari kuning, mahkota bunga lebar, ada yang besar dan ada yang kecil dengan warna merah jambu, putih dan kuning. Bunga mekar sehari penuh dari pagi sampai petang hari.

Setelah layu, mahkota bunga berguguran sampai akhirnya tersisa dasar bunga yang akan menjadi bakal buah, bentuknya seperti kerucut terbalik dengan permukaan datar semacam span dan berlubang-lubang berisi 15-30 biji, warnanya hijau kekuningan, kemudian hijau dan akhirnya coklat hitam, garis tengah 6-11 cm.

Biji bentuknya bulat seperti kacang tanah, terdapat dalam lubang-lubang buah yang berbentuk seperti sarang . Biji yang sudah tua warnanya hijau kehitaman, umurnya kira-kira 1 bulan sejak bunganya mekar kembang.

Daunnya biasa dipakai sebagai bahan pembungkus, rimpang muda dan biji boleh dimakan.

Tuesday, April 20, 2010

Petua Mengempiskan Perut Buncit

Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba beberapa petua di bawah ini. Mudah saja caranya. Kos nya pun sangat murah.

Petua 1 (Limau Purut + Kapur sirih)
1. Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.
2. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati.
3. Amalkan sapu di sekeliling perut sebelum masuk tidur…biarkan ia kering sehingga pagi.

Petua 2 (Limau Nipis + Teh O)
1. Sediakan teh ‘O’ tanpa gula dan perahkan air limau nipis. (Ingat : NO SUGAR!)
2. Amalkan minum air tersebut setiap hari.
* Petua ini hanya sesuai untuk orang yang tidak mengidap sebarang penyakit perut seperti gastrik.

Petua 3 (Limau Nipis + Kapur sirih)
1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih.
2. Lumurkan atau sapukan pada perut
3. Amalkan setiap malam.

Saturday, April 17, 2010

Untuk Mencerahkan Kulit Wajah Kusam ( Dengan Nenas )

buah_nanas
Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati dihasilkan.

Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah).

Cara nak apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping kain kasa atau tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan kain kasa atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku.

Rutin ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi.

Cuci semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah sepeti biasa...Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan.

menghitamkan rambut, ambil sebiji nanas yang telah dimasak. Perahkan airnya ke atas rambut sehingga basah. Balut kepala dengan tuala/kain bersih dan biarkan selama 1 jam. untuk kesan yang lebih baik, amalkan setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.

Friday, April 16, 2010

Khasiat Minyak Jojoba Bagi Kulit

ImageMinyak jojoba merupakan hasil ekstraksi dari sejenis semak belukar yang biasa tumbuh di gurun pasir. Minyak jojoba mampu menyeimbangkan kadar sebum di kulit wajah. Selain itu, minyak alami ini juga efektif melembutkan, melembabkan, dan menghaluskan kulit. Jadi, kulit bisa senantiasa lembab tanpa terasa berminyak.

Hasil penelitian Profesor Zille dari Port Elizabeth University menemukan, minyak jojoba juga efektif menghancurkan jamur dan bakteri penyebab jerawat pada kulit. Sebagai bahan aktif pelembab, ekstrak minyak jojoba memiliki kandungan yang setara dengan bahan sintetis lain, yang biasa terdapat dalam produk pelembab. Ditambah lagi, minyak jojoba dapat menggantikan penggunaan minyak mineral, trigliserida, dan lanolin.

Cara kerja minyak jojoba
Struktur dari minyak jojoba mirip dengan struktur lapisan lemak (lipid) yang diproduksi oleh kulit secara alami. Dalam aksinya melembutkan kulit, minyak jojoba akan membentuk lapisan sangat tipis pada lapisan epidermis.

Lapisan inilah yang akan mencegah berkurangnya kadar air pada lapisan epedermis akibat penguapan. Walhasil, kelembapan tetap terjaga. Selain itu, penelitian dari University of Michigan menyebutkan bahwa minyak jojoba dapat meresap baik ke dalam kulit. Bahkan, hingga ke pori-pori dan folikel rambut pada lapisan tanduk. Dengan begitu, kulit pun jadi lembut hingga ke dalam.

Thursday, April 15, 2010

Petua Hilangkan Lendir Bendi

Hilangkan Lendir Bendi






Untuk menghilangkan lendir bendi, caranya tidak susah. Cuma masakkan bendi seperti biasa. Sebelum diangkat, masukkan sekeping asam keping ke dalam kuali dan biarkan seketika. Buang asam keping tersebut apabila sayur hendak diangkat. InsyaAllah lendir pada bendi akan hilang serta-merta.

lagi satu cara ialah..
bendi dibasuh sebelum dipotong kepala dan ekornya..
tunggu sehingga kuah mendidih dan selepas itu baru lepaskan bendi kedalam masakan kita.

selamat mencuba!!!

Wednesday, April 14, 2010

Mencenkangkan kulit muka ( awet muda )

See full size image

Pucuk daun jambu biji dapat berkhasiat mengencangkan kulit muka. Caranya mudah sekali, ambil saja lima lembar pucuk daun jambu biji, tambahkan air sedikit, lalu remas-remas daun jambu itu sampai hancur, usapkan pada kulit muka hingga rata. Biarkan kira2 5-10 menit dan bilas dengan air bersih. Hasilnya dapat anda buktikan.

Tapi sebelum memetik pucuk tumbuhan biasakan diri dengan bacaan bismillah dan selawat 3x , dan selepas tu bagi salam kepada penjaga tumbuhan dan niat dihati apa yang kita mahu lakukan dengan daun itu.

Bagi mendapatkan kulit wajah yang halus dan tegang, ambil pucuk jambu batu dan kulit kayu manis. Tumbuk halus dan campurkan bersama bedak sejuk. Sapukan pada wajah dua kali seminggu.

Sunday, April 11, 2010

Kunyit dan khasiatnya jom tengok apa gunanya

hari ni kita tengok dan baca info pasal kunyit ye.. jom...

Kunyit digunakan sebagai ubat di negara seperti China, Jepun, Malaysia dan Indonesia.
Menurut WHO, kunyit merupakan tumbuhan ubat-ubatan yang paling banyak digunakan di dunia.

Kandungan kimia

Kunyit merupakan jenis temu-temuan yang mengandungi senyawa kimia berkeaktifan fisiologi iaitu minyak atsiri dan mengandungi senyawa kurkumin. Akar kunyit mengandungi pati dan getah. Minyak atsiri juga memberi aroma harum dan rasa khas pada umbinya. Kunyit mengandungi curcumin(zat berwarna kuning), turmeron, zingiberen, turmerol(minyak turmerin yang menyebabkan aroma dan wangi kunyit), lemak, pati dan damar.

Umbi akar yang berumur lebih dari satu tahun dipakai sebagai ubat (umbi akar bersifat mendinginkan, membersihkan, mempengaruhi bahagian perut, merangsang, melepaskan lebihan gas di usus, menghentikan pendarahan dan mencegah pengentalan darah) selain dari itu juga digunakan sebagai bahan dalam masakan.
Kunyit juga digunakan sebagai ubat anti gatal dan anti kejang serta mengurangkan pembengkakan selaput lendir mulut. Kunyit juga diminum sebagai ekstrak atau diguna sebagai salap untuk mengubati bengkak.Kunyit juga berkhasiat untuk menyembuhkan hidung yang tersumbat, caranya dengan membakar kunyit dan menghidunya.

Berdasar perubatan tradisional cina, umbi akar kunyit digunakan ubat untuk sakit dada, perut, sakit lengan dan sakit pada saat haid serta luka luka. Kunyit dianggap sangat mujarab untuk menyembuhkan haid yang tidak teratur, melancarkan aliran darah dan melarutkan gumpalan darah.

Khasiat Kunyit
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.

Melancarkan Perjalanan Darah
1. Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.

2. Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.

Memanaskan Badan
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.

Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata .. insyaallah akan reda.itu adalah antara kegunaan dan khasiatnya.

saya selalu juga akan jadikan kunyit sebagai ulam-ulaman ketika makan nasi.
Gunakan 1 inci atau 3cm kunyit dalam segelas air masak. Boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan kita.
kalau kat indonesia rasanya dia orang gunakan untuk bahan tambahan didalam jamu.
kalau anda ada lagi khasiatnya boleh ditambah ye...

Friday, April 09, 2010

Minuman Biji Teratai

Pernah mencoba minuman biji teratai?
Minuman biji teratai ini merupakan minuman kesehatan.
Banyak sekali khasiat yang didapat dari biji teratai ini, antara lain :
-menyembuhkan diare
-sebagai penenang bagi yang susah tidur, gelisah dan stress
-menyembuhkan keputihan
-memperkuat jantung, hati dan limpa

Minuman ini dipadukan dengan jamur kuping putih, lengkeng kering, kurma merah (Ang Cao), dan lain-lain.
Bahan-bahan campuran dari minuman ini mempunyai khasiat masing-masing.
Salah satu manfaat dari jamur kuping putih ini adalah menurunkan kolesterol dan trigliserida.
Kurma merah (ang cao) juga berkhasiat untuk menambah darah dan kesegaran tubuh.

Minuman ini sangat nikmat disajikan dalam keadaan dingin, sebagai hidangan penutup. Selain untuk dinikmati, juga berkhasiat untuk kesehatan tubuh.

Ingredients:
2 sdm Biji teratai
2 sdm Jamur kuping putih
2 sdm Ang Cho
1 sdm Lengkeng kering
1 sdm Biji jali
1 sdm Bai hap (dried water lily bud)
Gula batu secukupnya

Directions:
1. Rendam biji teratai, biji jali, biar semalaman (minimal 2 jam).
2. Rendam Jamur kuping putih, ang cho sampai lunak. (kurang lebih 10 menit).
3. Rebus biji teratai, biji jali, bai hap selama 30 menit.
4. Masukan sisa bahan yang ada.
5. Rebus dengan api kecil selama 1 jam. (sampai empuk)

Tips :
Setelah minuman sejuk, sebaiknya dimasukkan Peti Ais .

Thursday, April 08, 2010

Kongsi Perasaan Anda


Perasaan kita boleh berubah-ubah. Anda mungkin merasa gembira, putus harapan, sedih, marah dan kecewa. Bila perasaan tidak dapat dikawal, ia akan menjadi masalah. Anda perlu menangani masalah tersebut dengan berkesan

Kenapa seseorang memendamkan perasaan

* Malu
* Takut menjadi bebanan kepada orang lain
* Terlalu peribadi untuk dibincang
* Berpendapat diri sudah matang dan tahu bagaimana untuk mengatasinya
* Bimbang akan reaksi orang lain
* Berpendapat tiada siapa mahu mendengar dan memahami
* Takut dianggap lemah jika tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri
* Memikirkan ianya hanya perkara kecil sahaja


Bagaimana mengendalikan perasaan anda

* Ketahui perasaan anda
* Luahkan perasaan anda
* Dengar pendapat orang lain tentang perasaan anda
* Kongsi perasaan anda dengan pasangan hisup, ahli keluarga, rakan, jiran, pemimpin agama, ahli kelab, doktor, kaunselor dan lain-lain

Kebaikan yang Diperolehi Apabila Anda Berkongsi Perasaan

* Merasa lega
* Mengurangkan tekanan
* Anda mungkin dapat mencari penyelesaian kepada permasalahan anda
* Anda akan menyedari orang lain juga mempunyai masalah
* Masih ada orang yang mengasihi dan mengambil berat terhadap diri anda

Kementerian Kesihatan Malaysia, Amalakan Kesihatan Mental Yang Baik

Monday, March 22, 2010

Khasiat dan kegunaan petai belalang






Nama vernakular : Petai belalang

Nama sains : Leucaena leucocephala

Kegunaan

Khasiat pokok petai belalang digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis. Akarnya direbus bersama-sama tiga cawan air. Biarkan kering sehingga tinggal satu cawan. Selawat tiga kali dan minum sehari sekali.

Petai belalang juga berkesan untuk merawat batuk dan demam campak. Daun-daun muda ditumbuk bersama-sama beras kemudian ditampal pada kerongkong untuk meredakan batuk. Boleh juga disapu pada seluruh badan untuk mengubati kudis campak.

Daun petai belalang juga berkesan untuk mengatasi masalah kelemumur atau kulit bersisik. Daunnya dibakar manakala abunya dicampur dengan minyak kelapa sebelum digosok ke kulit kepala. Balut dengan plastik pembalut rambut dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air bersih. Juga digosok-gosok ke bahagian kulit yang bersisik.

Untuk masalah kayap, rebus pucuk daun petai belalang dengan tawas. Air rebusan itu digunakan untuk mandi dan membersihkan badan.

Khasiat Pucuk Petai Belalang yang boleh di buat ulam-ulaman

pengalaman ini terjadi kepada adek saya sendiri bila kencing manis menjadi tahap serius ,

lalu dia pun berhenti sementera ubat hospital , dan dalam seminggu dia mengamalkan berulam pucuk Petai Belalang ni , tiap-tiap hari lebih kurang secekak dia makan bersama setiap kali makan nasi .

dan akhirnya dalam seminggu dia pergi cek balik , dan hasilnya amat menakjubkan , kencing manisnya turun keparas normal semula, Alhamdulillah .

memang berkhasiat , pucuknya itu , apatah lagi buahnya , akarnya, daunnya dan lain2 lagi, jadi jangan pandang ringan khasiat semula jadi ini. tak papayah buang duit cari ubat mahal-mahalkan .

sesiapa yang tak kenal dengan pokoknya , tengok pada gambar diatas tu ye , pokoknya banyak tumbuh di tepi jalan , dan benih bertaburan dibawa angin dan oleh burung-burung , kuasa Allah.

Saturday, February 20, 2010

Order Kad Kahwin , Untuk Anda , Untuk Adik, Untuk Abang, Untuk Kakak, Untuk Anak-anak Kesayangan Atau Orang2 Yang Memerlukannya










Contoh Kad Jemputan Biasa:

1/2 A4 ( Setengah A4 )
Untuk Warna Sekeping : .45 Sen
Untuk Print Hitam Putih
Sekeping : .18 Sen
Minima Order 300 Keping Keatas
Warna Dan Corak Ikut Pilihan Hati :
Hijau ,Biru , Merah, Kuning, Unggu Atau Lain-lain Lagi.



Kad Jemputan Kertas Wangi 1/2A4 :
Harga RM 1.20 Sekeping











Kad Keras Tegak :
Tulisan Biasa Harga : RM 1.50 Sekeping

Friday, January 01, 2010

Hari Ini.......Kita Berfikir Dulu ........ Sebelum Berkata-Kata


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Sebelum kita menceritakan , keburukan org lain,
Ingatlah Kita Sendiri pun ada keburukannya....

Yaallah...
lindungikan Diri Kami Dari Segala Fitnah Keji,
Dan Hasad Dengki Manusia.
Jauhkan Diri Kita Dari Manusia-manusia Kejam Dan Durjana,
jauhkanlah kami dari orang yg munafik,
Lindungikanlah kami dari fitnah api neraka,
Jadikan kami anak dan anak-anak yg soleh,
Ya allah Murahkanlah rezeki kami, Kuatkanlah Iman Kami,
semuga perjalanan kami, Keluarga kami,
anak-anak kami dibawah lindunganmu,
jadikanlah kami insan yg saling,
sayang menyanyangi antara satu sama lain,
Bawalah kami kejalan yg benar,
yg Diredaimu Ya Allah.
Aminn..

Subhanallah..
walhamdulillah...
walailahaillallah..
Allahhuakhbar.. -