Followers , Don't Forget To Follow Me Dear Friend

Ingin Tahu Pasal Iklan ni ... Clik When U See an Ads Baner

Klik Baner Duit Tabung ... Clik When U See an Ads Banner

Kongsi Ilmu

Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan
Bismillahhirahmanirrahim
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
DOA MURAH REZEKI
~wajar diamalkan setiap waktu…
Ya Allah,sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia;
jika ia ada dibumi,keluarkanlah ia, dan jika ia ada didalam lautan,munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,dekatkanlah ia,
jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.
Aminnn...
sABaR iTu kUnCi KEjayAaN,
Sabar itu separuh daripada iman,
Syukur dan sabar adalah kunci kehidupan,
Sikap sabar dan tawakal adalah kunci keberhasilan,
Pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas,
Sabar Kunci Sukses ,
Apa sahaja amalan di lakukan dengan Ikhlas dan disertai kesabaran,
Insya ALLAH akan beroleh kemakrifah kepada ALLAH Taala.
"Sesungguhnya ALLAH Taala bersama-sama dengan orang yg sabar..."

Keikhlasan Hati Punca Ketenangan :L --> ):

Monday, August 18, 2014

APAM BERAS

APAM BERAS (GERENTI JADI kalau betul betul ikut resepi niee...dah ramai yg buat)

  • 2 cwn nasi
    2 cwn tepung gandum
    2 cwn tepung beras
    1 3/4 cwn gula pasir
    2 1/2 cwn air
    2 sudu kecil yis (mauripan)
    kelapa parut dgn sedikit garam
    pewarna ikut suka nak colour apa..

  • Cara Penyediaan
  • 1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
    2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
    3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
    4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
    5. Perap selama 3 jam.
    6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
    7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
    8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
    9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.

Friday, April 12, 2013

RAMBUT HALUS, SUBUR

RAMBUT HALUS, SUBUR

Cara - caranya : -

Sama seperti buat masker lain , ambil air yang ditoskan
Sapu je kat atas kepala atau rambut
Tunggu ia kering dan bilas
Nak pakai lama-lama pun boleh


Kesan penggunaan : -
Kulit kepala bersih dari kelimumur dan gatal-gatal
Botak , penggunaan berterusan insyaallah tumbuh rambut
Rambut halus je dan subur

Thursday, April 11, 2013

KULIT HALUS SEAKAN-AKAN BERLULUR ATAU KE SPA

KULIT HALUS SEAKAN-AKAN BERLULUR ATAU KE SPA

CARA - CARANYA : -
Ambil air PMC yang di toskan
Sapu di tangan , lengan , kaki dan di tempat yang diinginkan ( seakan- akan sapu lotion )
Biarkan kering selama 5 minit
Bilas dan lihatlah hasilnya......halus je rasa.....


Kesan penggunaan : -
Penggunaan sekali memberikan kesan serta merta halus dan rasa tegang je kulit
Penggunaan berterusan membuatkan kulit semakin halus seperti bayi , putih cerah , tegang ( kesan dari Collagen yang ada daripada PURE MARINE COLLAGEN )

Wednesday, April 10, 2013

KEGUNAAN AIR PURE MARINE COLLAGEN

kegunaan air rumpai laut yang di rendam..jagan buang yee



KEGUNAAN AIR PURE MARINE COLLAGEN

Banyak kegunaaan PURE MARINE COLLAGEN @ RUMPAI LAUT ini ,
antaranya air PURE MARINE COLLAGEN yang semalaman direndam boleh di buat masker muka , masker kaki ,
masker tangan ataupun masker kepala.

MASKER KEPALA?????????????????....

MASKER KAKI????????????..........

MASKER TANGAN ???????????????????

**************************************************************************** HILANGKAN REKAHAN DI TUMIT CARA - CARANYA : -

1) Ambil air PMC yang di toskan

2) Letak di dalam besen atau baldi

3) Rendam kan kaki anda sambil santai

4) 5 minit rendam pun dah nampak kesanya

5) Nak rendam lama-lama pun boleh


KESANNYA PENGUNAANYA : -

Kesan sekali cuba - kulit tumit halus je rasa... Kesan sekali cuba - kulit tumit yang merekah berkurangan 3 ari guna - rekahan berkuranga 7 hari guna - rekahan hilang serta halus kulit kaki macam ala- ala pergi SPA Kuku kaki bersih dan cantik seakan-akan pergi manicure dan pendicure

Sunday, December 23, 2012

Apakah Dosa Ku???

Salam Sayang Buat Semua Sahabat Alam Maya....

Nak Cerita Juga... Nak Kasi Hilang Gundah Gualana Dihati...
Maaflah Kalau Situasi Ini Menganggu Kalian...
Tak tau Kat Mana Nak Diluahkan...Mungkin Kat Sini Juga Yang Ada Ketenangan...

Yang Menjadi Otak Berserabut ialah..Bila Memikirkan Perniagaan Saya Disebotaj lagi..
sudah banyak kali kena macam ni... bukan disabojat secara terang2 tapi ,,fesyen balin batu sembunyi tangan... guna ilmu hitam, guna dukun siam, sampai sakit2 badan dibuatnya.... memang kejam orang 2 ni... terasa diri mereka besar kepala ..kerana mereka adalah orang tempatan yang kaya raya... duit ringgit berlambak2 dalam bank... Tuhan bagi murah rezeki mereka tu..... kita di kategori sederhana... mencari rezeki untuk sesuap makan... kerja ada duit pun ada.. takkerja maknanya semua bil tak boleh bayar...

kita kena berusaha keras untuk mendapat duit walau pun seringgit... berbanding dengan orang2 senang kaya raya ..petik jari duit sampai... kita kalau petik jari.. bil hutang yang sampai...itulah hakihatnyanya..

orang dah kaya bertambah kaya... tak tau kenaapa tak ngeti nak bersyukur.... nasib dia orang tak sama dengan kita..tak payah kerja kuat pun... duit sentiasa ada...

tapi berperikemanusiaan lah skit...
kami ,menyewa ditempat kamu , kerana ingin mencari rezeki halal... ingin meniaga untuk mendapat sesuap nasi... bukan duduk free... kedai kena bayar, eletrik kena bayar, telefon kena bayar.... kenapa tak terfikir dalam otak kalian.... asyik nak mengenakan orang saja...

ingat orang kaya tu tak mati ke...tak tua ke, tongkat langit ke...duit kamu yang banyak2 tu nak bawa masuk kubur ke??? Ingatlah Pak Aji Pak lebai...tak guna sembahyang tunggang langgang kalau hati busuk....

harta kamu dah berlambak2 dah, tak payah nak berebut2 ...buangkan hasad dengki kalian tu jauh2..bagilah orang lain pula merasa kesenangan yang sementara ni.....

kami sentiasa terima hakikat .... memang kami orang susah, memang kami takda duit yang banyak.. cari rezeki untuk senang nak makan nak minum, makanan yang halal saja.... cari rezeki kerana tuhan pun minta berusaha mencari rezeki yang halal... yang bila kita makan menjadi darah daging yang suci... bukan darah daging yang busuk....

Kami doakan semoga orang-orang yang berniat Jahat, Dengki, Kianat ,Tamak Haloba tu akan mendapat Taufiq dan hidayah dari Allah....semoga Allah memberi kesempatan untuk mereka Insaf dan bertaubat.

Ya Allah Ya tuhan Kami... Ampunkanlah Dosa2 kami.. Maafkan Diri Kami, Murahkan rezeki kami, Bukakanlah pintu rezeki kami, Permudahkanlah segala urusan kami, berikanlah kami kekuatan,TaufiqdanHidayahmu,Kuatkanlah Iman kami, Akal Kami, tawakal kami dan waraskan fikiran kami agar kami dapat menjalani hari2 mendatang dengan sabar ,tabah dan menerima dugaanmu dengan tenang, sabar dan matang, segalanya kami berserahkan diri kepadamu Ya Allah...

Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan
Bismillahhirahmanirrahim
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
DOA MURAH REZEKI
~wajar diamalkan setiap waktu…
Ya Allah,sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia;
jika ia ada dibumi,keluarkanlah ia, dan jika ia ada didalam lautan,munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,dekatkanlah ia,
jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.
Aminnn...
sABaR iTu kUnCi KEjayAaN,
Sabar itu separuh daripada iman,
Syukur dan sabar adalah kunci kehidupan,
Sikap sabar dan tawakal adalah kunci keberhasilan,
Pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas,
Sabar Kunci Sukses ,
Apa sahaja amalan di lakukan dengan Ikhlas dan disertai kesabaran,
Insya ALLAH akan beroleh kemakrifah kepada ALLAH Taala.
"Sesungguhnya ALLAH Taala bersama-sama dengan orang yg sabar..."

Keikhlasan Hati Punca Ketenangan :L --> ):



Monday, June 27, 2011

Khasiat Dan Petua Sireh Pinang


Sirih Pinang banyak digunakan di dalam perubatan tradisional. Kebanyakannya digunakan secara luaran. Tuk Dukun adalah orang yang berperanan dalam penggunaan sirih pinang dalam konsep perubatan ini berserta jampi dan mentera. Selain untuk perubatan secara tradisional, boleh juga digunakan sebagai petua. Dalam kehidupan seharian ia memainkan peranan penting dan membantu memudahcara serta memberikan kelancaran kerja-kerja dirumah.

Batuk Selsema - Sapukan sedikit kapur sirih yang dicampurkan dengan minyak kelapa, ke atas leher bahagian kerongkong dan juga batang hidung semasa selsema. Cara ini akan menambahkan keredaan, terutamanya untuk anak kecil.
Bengkak Gusi - Rebuskan lima helai daun jarak dengan semangkuk air bersih serta masukkan sesudu besar air kapur sirih hingga mendidih. Minum airnya apabila air telah dingin, sehingga hilang bengkak.

Bisul - Sapukan kapur sirih ke atas bisul yang tumbuh dibahagian tubuh. Amalkan setiap hari sehingga sembuh.

Bulu Ketiak - Sapukan kapur sirih di ketiak yang berbulu dan biarkan sehingga kering. Bulu ketiak akan menjadi mudah untuk dicabut walau dengan menggunakan tangan sahaja dan juga melambatkan proses pertumbuhannya.

Cirit Birit - Beberapa helai daun jambu batu muda ramas bersama sedikit kapur sirih hingga lumat dan sapukan pada perut.

Dakwat - Sekiranya baju anda terkena dakwat pen, ambil sedikit kapur sirih, sedikit garam halus serta cuka, lecekkan ke atasnya, beruskan perlahan-lahan dan bilas dengan air bersih, buat beberapa kali hingga kesan dakwat tersebut hilang, ia menjadikan proses pembersihan lebih mudah.

Getah Pisang - Jika tangan anda terkena getah pisang, sapukan kapur sirih ke atasnya dan biarkan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Gigitan Serangga - Campurkan sedikit kapur sirih dengan parutan ibu kunyit dan air, buatkan seperti krim. Tepekkan pepesan ditempat yang digigit serangga dan biarkan kering. Kesakitan akan reda dan menghilangkan bengkak.
Hanyir Ikan - Ambil sedikit kapur sirih dan larutkan ke dalam mangkuk yang berisi air, rendamkan ikan selama sepuluh atau limabelas minit sebelum dibilas bersih. Bau hanyir ikan akan hilang.

Kutil - Untuk menghilangkan kutil atau ketuat, ambil kapur, sedikit belerang dan air limau nipis buat kerim. Kikis sedikit kutil serta tepekkan ke atas kutil buat beberapa hari. Kutil akan tanggal dengan sendiri.

Kedut Rambut - Satu camca kapur sirih, satu camca kecil air limau nipis dan
20 titik minyak kayu putih atau segelas minyak kelapa hijau serta gaulkan. Sapukan adunan tersebut ke atas perut yang mengalami pecah-pecah selepas bersalin selama dua minggu berturut-turut.

Pancing Cicak - Untuk membunuh cicak yang berkeliaran di dinding dan siling rumah. Gentelkan kapur sirih seperti biji guli yang kecil, cacakkan di hujung lidi yang panjang dan agak keras serta hulurkan perlahan-lahan ke arah hadapan cicak. Apabila umpan telah disambar biarkan beberapa ketika, cicak akan jatuh dan mati.

Perut Buncit - Gilingkan kapur sirih bersama daun jambu batu. Sapukan keperut setiap hari sehingga perut menjadi kempis.

Perut Gendut - Rendamkan kapur sirih ke dalam air yang telah dimasak dan kacau sehingga sebati. Ambil secawan air mendapan tersebut dan campurkan dengan air perahan sebiji limau nipis, amalkan minum waktu pagi selepas bangun dari tidur selama dua minggu berturut-turut. Gendut akan menjadi kempis.

Perut Lembu - Untuk memutihkan perut lembu, rendam dan gaulkannya dengan bancuhan kapur sirih berserta rincikan daun pisang atau daun lalang. Lakukan beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Selsema - Sapukan kapur sirih sebesar ibu jari tangan di atas limau nipis yang telah dibelah dua dan titiskan sedikit minyak kayu putih lalu dipanggangkan seketika. Perahkan adunan tersebut dengan menggunakan penyaring sebelum diminum.

Sengal Sendi - Daun kecubung dan kapur sirih digiling lumat. Pepeskan tempat bahagian anggota yang bengkak atau sendi yang sakit.

Tapal Perut - Campurkan kapur sirih, air limau nipis dan minyak urat
(minyak digunakan untuk mengurut atau khas untuk wanita bersalin). Lumurkan sekeliling perut dan ikatkan bengkung selama 44 hari. Perut akan menjadi kecut.

Ulu Hati - Ambil limau nipis sebiji dan bacakan surah al-kauthar tiga atau tujuh kali dan belah limau itu serta sapukan kapur sirih pada keratannya. Sapukan adunan itu pada ulu hati dibahagian tengah dada.

Ari-ari Pedih - Sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu panas, ambil sirih bertemu urat, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang. Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Batuk Lelah - Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna untuk minuman kepada pesakit.

Bau Badan - Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Bau Mayat - Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih.

Bayi Selsema - Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Demam - Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas bersalin.

Demam Panas - Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Gegata - Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

Hidung Berdarah - Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.

Kencing - Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat, daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.

Lompangan (ulcer) - Tempelan (paste) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.

Muntah - Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan semburkan sepahnya dileher dan dadanya

Pedih Perut - Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.

Ruam Peluh - Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.

Sakit Gigi - Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

Sakit Hati - Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak), bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di atas dada.

Sakit Jantung - Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam. Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.

Sakit Kepala - Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi kulit kepala).

Sakit Mata - Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga sembuh.

Friday, June 24, 2011

Produk Yang Baik untuk macam2 sakit ( Snoww Cool Menthol )


Kawan2 Meh cuba Produk ni, hebat gak walau pun murah, orang melayu yang buat, guna 74 jenis akar kayu dalam adunannya, orang ni ada kilangnya sendiri, dan proses sendiri.

saya dah guna dan cubakan produk ni pada mak saya yang sedang sakit, memang berkesan. dan minum jus Family Medic buatan orang yang sama juga. Alhamdulillah.. mak saya dah beransur pulih.
Photobucket
Dah beli dan guna, memang berkesan , kalau bengkak2 angin cepat surut, kalau luka kencingmanis tu dibancuh  dengan air suam , kemudian rendamkan kaki

kawan aku habaq ni syampoo rambut , tapi bila aku tengok kat label dia tulis tu banyak sangat kegunaannya biaq betui , so aku pun try aa beli kat satu , tokey syampoo ni ada kilang memproses di kokdiang , dia cuma supply produk dia ni di saloon2 kecantikan rawatan tradisional di penang , kl, johor & sabah . Takda juai di kedai2 katanya ..

Thursday, June 23, 2011

Petua Cara Bersihkan Siput Sedut

Bersihkan Siput Sedut

Ramai yang suka masak lemak siput sedut, tetapi tak ramai yang tahu bagaimana untuk membersihkannya. Caranya senang sahaja, ambil sebekas hampas kelapa yg telah kita gunakan ( yg telah diperah santanya ) kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu.




Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan
hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.


selamat mencuba... sesiapa yang pandai masak siput ni.. sila kongsi resepi...




Tuesday, July 06, 2010

Petua : Hilangkan Bau Badan !!

Di sini saya nak berkongsi petua2 bagi menghilangkan bau badan.




1. Ambil secawan air suam kemudian campurkan dengan beberapa
kuntum bunga cengkih. Kacau sebati dan minum tiga kali sehari.
Ulang selalu petua ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Petua ini juga dapat mengatasi masalah bau nafas, ketiak dan
masalah keputihan bagi wanita.


2. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua. Sapukan limau
tersebut ke bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum
dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada anda
jika ingin melakukan lebih kerap. InsyaAllah bau badan yang
tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan
haruman semula jadi dari perahan air limau purut. Limau nipis
juga boleh digunakan.


3. Jika ketiak anda hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya
dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila anda selesai mandi.
Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda
cerah dan tidak berbau.

4. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras dan
digoreng
. Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk halus. Kemudian
sapulah di bahagian yang bermasalah (ketiak). Anda hendaklah
lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan anda hilang. Jika bau
tersebut hilang, anda boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu
sekali.

5. Ambil beberapa biji limau kasturi. Kemudian potong empat,
selepas itu sapukan limau tersebut di seluruh badan. Lakukan
seminggu sekali, pasti bau badan anda harum dan segar selalu.

Friday, May 14, 2010

Khasiat herba tempatan

Khasiat herba tempatan sudah terbukti melalui kajian saintifik dan ramai yang mengetahuinya.









Khasiat Minuman Herba / Herbal Drink Benefit
Jus Tongkat Ali Madu
Darah tinggi, Sakit Urat, Menambah tenaga, Tahan mengantuk / Keletihan, Sakit sendi dan Meningkat ketahanan tubuh melawan penyakit.
High blood, muscle ache, rheumatic, reduce mental fatigue / sleepy , strengthens immune system and increase energy level, endurance & stamina.
Kopi Tongkat Ali
Tahan mengantuk, Buang angin, Tenaga batin, Gaut, Lengah lumpuh dan Melancarkan peredaran darah.
Improve blood circulation, reduce wind in the body, reduce sleepy, improve physical & mental performance, gout, muscle ache
Jus Pegaga
Menurunkan tekanan darah tinggi dan Ubat batuk.
Cough, reduce high blood pressure
Jus Mengkudu
Jantung, Gaut dan Kencing manis
Heart problem, gout & diabetes
Teh manis (Stevia Tea)
Kencing manis, Darah Tinggi dan Melancarkan perjalanan darah
Diabetes, high blood & improve blood circulation
Air Rebusan Campuran
Sakit urat, Lenguh badan, Peredaran darah dan Tenaga batin
Muscle ache, improve blood circulation, increase energy level, endurance & stamina
Air Rebusan Mas Cotek
Mengecutkan dan membetulkan kedudukan rahim (selepas bersalin), kencing manis, tekanan darah tinggi & paru-paru berair.
After childbirth treatment, diabetes, high blood pressure & pneumonia.
Teh Halia Madu
Darah tinggi, gout / sendi, buang angin dan buang kolestrol
High blood, gout, rheumatic, reduce wind in the body & reduce cholesterol
Bio Root
Pencegahan Kanser
Cancer prevention
Teh Misai Kucing(Java Tea) Plus Stevia Tea
Batu karang, Kencing manis, Darah tinggi, Keputihan, Sakit sendi, Masalah buah pinggang
Bladder stone, diabetes , high blood, leuorrhea, rheumatic, kidney problem
Kopi Ubi Jaga
Tenaga batin
Aphrodisiac
Kenerak (Kalis T)
Rawatan kanser
Cancer treatment

"setiap penyakit ada ubatnya"

Insyaallah kita beriktiar Allah akan menyembuhkannya

Tuesday, May 11, 2010

Bahana ikan masin










Sedapnya ikan masin, tapi dalam kesedapan kita berhadapan dengan masalah... cuba baca berita dibawah ni ye...

Kekerapan pengambilan makanan yang diawet dengan garam seperti ikan kering, ikan masin masam dan lobak asin dikhuatiri menjadi punca barah nasofarinks.


PENGAMBILAN ikan masin dan produk awetan garam lain sudah sebati di kalangan masyarakat Asia.


PENGAWETAN ikan melalui kaedah penggaraman masih popular di banyak negara termasuk Malaysia. Ikan masin tetap tersenarai sebagai salah satu bahan penting dalam diet tempatan.

Kebimbangan yang ingin dibincangkan adalah sama ada boleh berlaku risiko pada kesihatan jika ikan, telur atau sayur masin, menjadi makanan kita setiap hari.

SEGERALAH bertemu doktor jika anda sering berdepan dengan masalah hidung tersumbat, berdarah atau mengalami gangguan penglihatan dan pendengaran.

Antara lain, pernah dilaporkan tentang kandungan zat nitrosamin yang terdapat dalam ikan masin mampu mengaktifkan virus Epstein-Barr (EB) sehingga menimbulkan masalah pada bahagian nasofarinks.

Makanan popular yang dikhuatiri turut menyumbang kepada permasalahan ini adalah sayur yang diperam dengan garam seperti lobak dan kobis masin serta taucu.

“Memang ada pendapat dan teori mengenai kaitan kanser nasofarinks dengan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam secara terus-menerus dalam jumlah banyak dan jangka masa panjang. Namun, ia belum dibuktikan secara kukuh dan menyeluruh,” ujar pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Dr. Imran Abdullah.

Di kawasan itu terdapat saluran yang menghubungkan tekak dengan telinga (Eustachius) dan Adenoid, iaitu jaringan limfoid.

Di situ juga terletaknya banyak jaringan saraf yang menentukan fungsi mata serta mekanisme menelan di belakang kedudukan lidah.

“Faktor pencetus barah ini daripada pemakanan ikan dan sayur masin sebenarnya bermula daripada kisah migrasi generasi pedagang China dari Canton. Merekalah yang dikaitkan dengan barah jenis ini,” terang Imran.

Penyebab nasofarinks lain ada kaitan dengan keadaan sosial dan ekonomi. Lazimnya faktor itu menerangkan keadaan mereka yang tinggal di persekitaran yang diselaputi udara tidak bersih.

Lebih memburukkan adalah apabila sesebuah kediaman itu mempunyai sistem aliran udara yang teruk.

Dalam rekod perubatan dunia, banyak data dikumpulkan mengenai latar belakang penghidap kanser nasofarinks.

Mereka ialah di kalangan yang bekerja atau tinggal berdekatan kawasan yang terdedah kepada pelepasan bahan kimia seperti gas toksik, asap industri dan asap kayu.

Amalan pembakaran colok dalam kediaman juga pernah menjadi topik yang menimbulkan tanda tanya.



Ada statistik yang jelas mengaitkan penyakit ini dengan bangsa Cina. Di seluruh dunia, baik bangsa Cina yang di negara asal atau yang bermastautin di perantauan, semuanya didapati berisiko tinggi untuk menghidap kanser jenis ini.

Pemerintah Hong Kong misalnya, telah menjalankan kempen besar-besaran untuk mendidik komuniti bot yang biasa memberikan anak kecil mereka makan ikan dan telur asin.

“Masyarakat pinggir pantai pelbagai bangsa di Malaysia juga banyak makan jenis makanan yang sama. Kalau begitu, komuniti Melayu juga perlu berhati-hati dengan ancamannya, bukan hanya orang Cina,” jelas Imran tentang perbandingan statistik penghidap mengikut kaum.

Lelaki dilaporkan lebih cenderung menghidap kanser ini dengan kebanyakan daripada mereka yang sampai ke fasa serius mengalami serangan tumor yang sangat aktif terutamanya di bahagian leher.

Berbanding wanita, kemungkinan lelaki menghidapnya adalah 2.5 kali lebih tinggi. Ramai yang beranggapan ia ada kaitan dengan perbezaan hormon antara kedua-dua jantina.

Kanser ini mencatat kes kekerapan tertinggi di kalangan lelaki Malaysia yang berusia antara 15 dan 49 tahun. Ia menyumbang 18 peratus daripada keseluruhan kes barah di negara ini.

Menilai risikonya yang dipicu pelbagai faktor yang berubah-ubah, nyata kanser nasofarinks tidak mustahil dihidapi kanak-kanak.

“Jika mendapat petanda gejala seperti hidung berdarah, seseorang perlu bertemu doktor dan mendapatkan rawatan segera.

“Ia bermula dengan simptom peringkat awal seperti hidung berdarah atau ludah yang disertai darah. Jangan sampai ia ke tahap yang lebih serius seperti terdapat benjolan pada leher atau gangguan deria penglihatan,” Imran mengingatkan.

Tanda-tanda lain yang perlu diberi perhatian serius adalah rasa berdesing dalam telinga, sakit kepala yang teruk hingga tidak dapat diatasi dengan pengambilan aspirin.

Nasofarinks merupakan bahagian atas pharynx-tubul yang bersaiz lima inci dan memanjang dari belakang hidung sehingga ke bahagian atas paip angin dan esofagus.

NASOFARINKS adalah bahagian tekak atas dan di belakang rongga hidung yang bersempadan dengan dasar tengkorak, lelangit dan rongga mulut.


PENCEMARAN udara dan juga pendedahan kerap terhadap bakaran colok juga menjadi topik perbincangan yang membimbangkan.

Berita dari Kosmo
Oleh : Hamzah Bin Abdul Hamid




Tuesday, May 04, 2010

Khasait Buah Betik


Khasiat Buah Hari ini ialah buah Betik

. BUAH BETIK (PAPAYA)
- Betik mengandungi vitamin C dan provitamin A.
- Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan.
- Betik dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan.
- Betik dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menghilangkan infeksi.
c. menghilangkan alergi

Betik kaya dengan vitamin A (kulit) dan C (isi), juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Antaranya:

1) Buah.
Selain mengandungi kalium dan magnesium yang sangat tinggi, buah ini juga kaya dengan karotena, vitamin C, dan flavonoid, sehingga dapat berfungsi memecahkan serat makanan sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh ketika deman.

2) Daun
Bagi yang suka, daun betik sangat enak dibuat sayur dan ulam. Memang rasanya agak pahit tetapi tengok saja manfaatnya yang luar biasa, seperti mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan. Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini dipipis atau dikisar, lalu diperah dan diambil airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.


3) Biji
Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut. Caranya: Jemur biji betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.


4) Getah dan akar
Dapat mengubati sakit saluran kencing, masalah cacingan, bahkan digigit ular berbisa. Untuk ubat cacing,gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml air. Semua bahan dipotong-potong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml. Bahagikan kepada tiga bahagian (25 ml) sekali minum.

Monday, May 03, 2010

Khasiat Buah Tomato

Buah adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang pada umumnya sangat baik untuk dikonsumsi setiap hari. Dibandingkan dengan ubat-ubatan yang terjual di kedai-kedai ubat, buah jauh lebihbaik tanpa efek samping yang berbahaya serta dari sisi harga umumnya jauh lebih murah dibanding suplemen yang memiliki fungsi yang sama.

Di bawah ini kita dapat melihat kandungan, khasiat dan manfaat sehat dari beberapa jenis buah yang ada di bumi :

kita tengok khasiat buah tomato dulu hari ni...

1. BUAH TOMAT (TOMATO)
- tomat mengandung vitamin A, B1 dan C.
- tomat dapat membantu membersihkan hati hati dan darah kita.
- tomat dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. gusi berdarah.
b. rabun senja / kotok ayam.
c. penggumpalan darah.
d. usus buntu.
e. kanker prostat dan kanker payudara.