Followers , Don't Forget To Follow Me Dear Friend

Ingin Tahu Pasal Iklan ni ... Clik When U See an Ads Baner

Klik Baner Duit Tabung ... Clik When U See an Ads Banner

Kongsi Ilmu

Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan
Bismillahhirahmanirrahim
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
DOA MURAH REZEKI
~wajar diamalkan setiap waktu…
Ya Allah,sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia;
jika ia ada dibumi,keluarkanlah ia, dan jika ia ada didalam lautan,munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,dekatkanlah ia,
jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.
Aminnn...
sABaR iTu kUnCi KEjayAaN,
Sabar itu separuh daripada iman,
Syukur dan sabar adalah kunci kehidupan,
Sikap sabar dan tawakal adalah kunci keberhasilan,
Pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas,
Sabar Kunci Sukses ,
Apa sahaja amalan di lakukan dengan Ikhlas dan disertai kesabaran,
Insya ALLAH akan beroleh kemakrifah kepada ALLAH Taala.
"Sesungguhnya ALLAH Taala bersama-sama dengan orang yg sabar..."

Keikhlasan Hati Punca Ketenangan :L --> ):

Tuesday, July 06, 2010

Petua : Hilangkan Bau Badan !!

Di sini saya nak berkongsi petua2 bagi menghilangkan bau badan.




1. Ambil secawan air suam kemudian campurkan dengan beberapa
kuntum bunga cengkih. Kacau sebati dan minum tiga kali sehari.
Ulang selalu petua ini untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.
Petua ini juga dapat mengatasi masalah bau nafas, ketiak dan
masalah keputihan bagi wanita.


2. Ambil sebiji limau purut, kemudian belah dua. Sapukan limau
tersebut ke bahagian bawah ketiak, biarkan seketika sebelum
dicuci. Lakukan tiga kali seminggu atau terpulang kepada anda
jika ingin melakukan lebih kerap. InsyaAllah bau badan yang
tidak menyenangkan akan hilang dan badan akan terasa segar dengan
haruman semula jadi dari perahan air limau purut. Limau nipis
juga boleh digunakan.


3. Jika ketiak anda hitam dan berbau, anda boleh menyapukannya
dengan kapur sireh dan limau nipis, apabila anda selesai mandi.
Amalkan cara ini selama seminggu, anda akan dapati ketiak anda
cerah dan tidak berbau.

4. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan segenggam beras dan
digoreng
. Bahan-bahan ini hendaklah ditumbuk halus. Kemudian
sapulah di bahagian yang bermasalah (ketiak). Anda hendaklah
lakukan sekerap mungkin sehingga bau badan anda hilang. Jika bau
tersebut hilang, anda boleh gosokkan di tempat tertentu seminggu
sekali.

5. Ambil beberapa biji limau kasturi. Kemudian potong empat,
selepas itu sapukan limau tersebut di seluruh badan. Lakukan
seminggu sekali, pasti bau badan anda harum dan segar selalu.