Followers , Don't Forget To Follow Me Dear Friend

Ingin Tahu Pasal Iklan ni ... Clik When U See an Ads Baner

Klik Baner Duit Tabung ... Clik When U See an Ads Banner

Kongsi Ilmu

Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan
Bismillahhirahmanirrahim
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
DOA MURAH REZEKI
~wajar diamalkan setiap waktu…
Ya Allah,sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia;
jika ia ada dibumi,keluarkanlah ia, dan jika ia ada didalam lautan,munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,dekatkanlah ia,
jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.
Aminnn...
sABaR iTu kUnCi KEjayAaN,
Sabar itu separuh daripada iman,
Syukur dan sabar adalah kunci kehidupan,
Sikap sabar dan tawakal adalah kunci keberhasilan,
Pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas,
Sabar Kunci Sukses ,
Apa sahaja amalan di lakukan dengan Ikhlas dan disertai kesabaran,
Insya ALLAH akan beroleh kemakrifah kepada ALLAH Taala.
"Sesungguhnya ALLAH Taala bersama-sama dengan orang yg sabar..."

Keikhlasan Hati Punca Ketenangan :L --> ):

Friday, May 14, 2010

Khasiat herba tempatan

Khasiat herba tempatan sudah terbukti melalui kajian saintifik dan ramai yang mengetahuinya.









Khasiat Minuman Herba / Herbal Drink Benefit
Jus Tongkat Ali Madu
Darah tinggi, Sakit Urat, Menambah tenaga, Tahan mengantuk / Keletihan, Sakit sendi dan Meningkat ketahanan tubuh melawan penyakit.
High blood, muscle ache, rheumatic, reduce mental fatigue / sleepy , strengthens immune system and increase energy level, endurance & stamina.
Kopi Tongkat Ali
Tahan mengantuk, Buang angin, Tenaga batin, Gaut, Lengah lumpuh dan Melancarkan peredaran darah.
Improve blood circulation, reduce wind in the body, reduce sleepy, improve physical & mental performance, gout, muscle ache
Jus Pegaga
Menurunkan tekanan darah tinggi dan Ubat batuk.
Cough, reduce high blood pressure
Jus Mengkudu
Jantung, Gaut dan Kencing manis
Heart problem, gout & diabetes
Teh manis (Stevia Tea)
Kencing manis, Darah Tinggi dan Melancarkan perjalanan darah
Diabetes, high blood & improve blood circulation
Air Rebusan Campuran
Sakit urat, Lenguh badan, Peredaran darah dan Tenaga batin
Muscle ache, improve blood circulation, increase energy level, endurance & stamina
Air Rebusan Mas Cotek
Mengecutkan dan membetulkan kedudukan rahim (selepas bersalin), kencing manis, tekanan darah tinggi & paru-paru berair.
After childbirth treatment, diabetes, high blood pressure & pneumonia.
Teh Halia Madu
Darah tinggi, gout / sendi, buang angin dan buang kolestrol
High blood, gout, rheumatic, reduce wind in the body & reduce cholesterol
Bio Root
Pencegahan Kanser
Cancer prevention
Teh Misai Kucing(Java Tea) Plus Stevia Tea
Batu karang, Kencing manis, Darah tinggi, Keputihan, Sakit sendi, Masalah buah pinggang
Bladder stone, diabetes , high blood, leuorrhea, rheumatic, kidney problem
Kopi Ubi Jaga
Tenaga batin
Aphrodisiac
Kenerak (Kalis T)
Rawatan kanser
Cancer treatment

"setiap penyakit ada ubatnya"

Insyaallah kita beriktiar Allah akan menyembuhkannya

Tuesday, May 11, 2010

Bahana ikan masin










Sedapnya ikan masin, tapi dalam kesedapan kita berhadapan dengan masalah... cuba baca berita dibawah ni ye...

Kekerapan pengambilan makanan yang diawet dengan garam seperti ikan kering, ikan masin masam dan lobak asin dikhuatiri menjadi punca barah nasofarinks.


PENGAMBILAN ikan masin dan produk awetan garam lain sudah sebati di kalangan masyarakat Asia.


PENGAWETAN ikan melalui kaedah penggaraman masih popular di banyak negara termasuk Malaysia. Ikan masin tetap tersenarai sebagai salah satu bahan penting dalam diet tempatan.

Kebimbangan yang ingin dibincangkan adalah sama ada boleh berlaku risiko pada kesihatan jika ikan, telur atau sayur masin, menjadi makanan kita setiap hari.

SEGERALAH bertemu doktor jika anda sering berdepan dengan masalah hidung tersumbat, berdarah atau mengalami gangguan penglihatan dan pendengaran.

Antara lain, pernah dilaporkan tentang kandungan zat nitrosamin yang terdapat dalam ikan masin mampu mengaktifkan virus Epstein-Barr (EB) sehingga menimbulkan masalah pada bahagian nasofarinks.

Makanan popular yang dikhuatiri turut menyumbang kepada permasalahan ini adalah sayur yang diperam dengan garam seperti lobak dan kobis masin serta taucu.

“Memang ada pendapat dan teori mengenai kaitan kanser nasofarinks dengan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam secara terus-menerus dalam jumlah banyak dan jangka masa panjang. Namun, ia belum dibuktikan secara kukuh dan menyeluruh,” ujar pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Dr. Imran Abdullah.

Di kawasan itu terdapat saluran yang menghubungkan tekak dengan telinga (Eustachius) dan Adenoid, iaitu jaringan limfoid.

Di situ juga terletaknya banyak jaringan saraf yang menentukan fungsi mata serta mekanisme menelan di belakang kedudukan lidah.

“Faktor pencetus barah ini daripada pemakanan ikan dan sayur masin sebenarnya bermula daripada kisah migrasi generasi pedagang China dari Canton. Merekalah yang dikaitkan dengan barah jenis ini,” terang Imran.

Penyebab nasofarinks lain ada kaitan dengan keadaan sosial dan ekonomi. Lazimnya faktor itu menerangkan keadaan mereka yang tinggal di persekitaran yang diselaputi udara tidak bersih.

Lebih memburukkan adalah apabila sesebuah kediaman itu mempunyai sistem aliran udara yang teruk.

Dalam rekod perubatan dunia, banyak data dikumpulkan mengenai latar belakang penghidap kanser nasofarinks.

Mereka ialah di kalangan yang bekerja atau tinggal berdekatan kawasan yang terdedah kepada pelepasan bahan kimia seperti gas toksik, asap industri dan asap kayu.

Amalan pembakaran colok dalam kediaman juga pernah menjadi topik yang menimbulkan tanda tanya.



Ada statistik yang jelas mengaitkan penyakit ini dengan bangsa Cina. Di seluruh dunia, baik bangsa Cina yang di negara asal atau yang bermastautin di perantauan, semuanya didapati berisiko tinggi untuk menghidap kanser jenis ini.

Pemerintah Hong Kong misalnya, telah menjalankan kempen besar-besaran untuk mendidik komuniti bot yang biasa memberikan anak kecil mereka makan ikan dan telur asin.

“Masyarakat pinggir pantai pelbagai bangsa di Malaysia juga banyak makan jenis makanan yang sama. Kalau begitu, komuniti Melayu juga perlu berhati-hati dengan ancamannya, bukan hanya orang Cina,” jelas Imran tentang perbandingan statistik penghidap mengikut kaum.

Lelaki dilaporkan lebih cenderung menghidap kanser ini dengan kebanyakan daripada mereka yang sampai ke fasa serius mengalami serangan tumor yang sangat aktif terutamanya di bahagian leher.

Berbanding wanita, kemungkinan lelaki menghidapnya adalah 2.5 kali lebih tinggi. Ramai yang beranggapan ia ada kaitan dengan perbezaan hormon antara kedua-dua jantina.

Kanser ini mencatat kes kekerapan tertinggi di kalangan lelaki Malaysia yang berusia antara 15 dan 49 tahun. Ia menyumbang 18 peratus daripada keseluruhan kes barah di negara ini.

Menilai risikonya yang dipicu pelbagai faktor yang berubah-ubah, nyata kanser nasofarinks tidak mustahil dihidapi kanak-kanak.

“Jika mendapat petanda gejala seperti hidung berdarah, seseorang perlu bertemu doktor dan mendapatkan rawatan segera.

“Ia bermula dengan simptom peringkat awal seperti hidung berdarah atau ludah yang disertai darah. Jangan sampai ia ke tahap yang lebih serius seperti terdapat benjolan pada leher atau gangguan deria penglihatan,” Imran mengingatkan.

Tanda-tanda lain yang perlu diberi perhatian serius adalah rasa berdesing dalam telinga, sakit kepala yang teruk hingga tidak dapat diatasi dengan pengambilan aspirin.

Nasofarinks merupakan bahagian atas pharynx-tubul yang bersaiz lima inci dan memanjang dari belakang hidung sehingga ke bahagian atas paip angin dan esofagus.

NASOFARINKS adalah bahagian tekak atas dan di belakang rongga hidung yang bersempadan dengan dasar tengkorak, lelangit dan rongga mulut.


PENCEMARAN udara dan juga pendedahan kerap terhadap bakaran colok juga menjadi topik perbincangan yang membimbangkan.

Berita dari Kosmo
Oleh : Hamzah Bin Abdul Hamid




Tuesday, May 04, 2010

Khasait Buah Betik


Khasiat Buah Hari ini ialah buah Betik

. BUAH BETIK (PAPAYA)
- Betik mengandungi vitamin C dan provitamin A.
- Betik dapat membantu memecah serat makanan dalam sistem pencernaan.
- Betik dapat mebuat lancar saluran pencernaan makanan.
- Betik dapat menanggulangi atau mengobati beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. menyembuhkan luka.
b. menghilangkan infeksi.
c. menghilangkan alergi

Betik kaya dengan vitamin A (kulit) dan C (isi), juga kalium. Selain itu terdapat kalsium, besi, tiamin, riboflavin dan niasin dalam betik. Jumlah kalorinya sangat rendah. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri. Antaranya:

1) Buah.
Selain mengandungi kalium dan magnesium yang sangat tinggi, buah ini juga kaya dengan karotena, vitamin C, dan flavonoid, sehingga dapat berfungsi memecahkan serat makanan sisa, sehingga mudah kita untuk membuang air besar. Jika dimakan segar secara rutin, buah betik sangat bermanfaat untuk mengubati usus yang luka dan mengurangkan panas tubuh ketika deman.

2) Daun
Bagi yang suka, daun betik sangat enak dibuat sayur dan ulam. Memang rasanya agak pahit tetapi tengok saja manfaatnya yang luar biasa, seperti mengubati malaria, sakit perut dan kurang nafsu makan. Caranya: Ambil daun betik segar sebanyak 1-2 tapak tangan, garam sedikit, dan air suam 1/2 cawan. Campuran ini dipipis atau dikisar, lalu diperah dan diambil airnya. Diminum sehari satu sehingga tiga hari berturut-turut. Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.


3) Biji
Dikatakan amat berkesan untuk megubati masalah cacing dalam perut. Caranya: Jemur biji betik hingga kering, lalu tumbuk hingga halus. Ambil serbuk ini sebanyak 10 gram dan didihkan bersama 150ml air, sehingga tinggal kira-kira 75 ml. Minum sekali gus 2 jam sebelum makan malam.


4) Getah dan akar
Dapat mengubati sakit saluran kencing, masalah cacingan, bahkan digigit ular berbisa. Untuk ubat cacing,gunakan akar betik kering sebanyak 10 gram, bawang putih 1 gram, dan 100 ml air. Semua bahan dipotong-potong, kemudian didihkan dengan air selama 15 minit, baru disaring. Bila perlu, tambahkan air matang sehingga diperoleh hasil saringan 75 ml. Bahagikan kepada tiga bahagian (25 ml) sekali minum.

Monday, May 03, 2010

Khasiat Buah Tomato

Buah adalah salah satu jenis makanan yang memiliki kandungan gizi, vitamin dan mineral yang pada umumnya sangat baik untuk dikonsumsi setiap hari. Dibandingkan dengan ubat-ubatan yang terjual di kedai-kedai ubat, buah jauh lebihbaik tanpa efek samping yang berbahaya serta dari sisi harga umumnya jauh lebih murah dibanding suplemen yang memiliki fungsi yang sama.

Di bawah ini kita dapat melihat kandungan, khasiat dan manfaat sehat dari beberapa jenis buah yang ada di bumi :

kita tengok khasiat buah tomato dulu hari ni...

1. BUAH TOMAT (TOMATO)
- tomat mengandung vitamin A, B1 dan C.
- tomat dapat membantu membersihkan hati hati dan darah kita.
- tomat dapat mencegah beragam penyakit dan gangguan kesehatan lain seperti :
a. gusi berdarah.
b. rabun senja / kotok ayam.
c. penggumpalan darah.
d. usus buntu.
e. kanker prostat dan kanker payudara.