Bersihkan Siput Sedut
Ramai yang suka masak lemak siput sedut, tetapi tak ramai yang tahu bagaimana untuk membersihkannya. Caranya senang sahaja, ambil sebekas hampas kelapa yg telah kita gunakan ( yg telah diperah santanya ) kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu.Biarkan semalaman. Keesokkan harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan
hilang dari siput itu. Malahan rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.
selamat mencuba... sesiapa yang pandai masak siput ni.. sila kongsi resepi...
No comments:
Post a Comment