Dalam Kehidupan Kita, Yang Paling Penting Adalah Kesihatan Pelbagai Langkah Pencegahan Di Perlukan
Kita Bincang-bincang pasal diri dan juga kesihatan bersama.
Followers , Don't Forget To Follow Me Dear Friend
Ingin Tahu Pasal Iklan ni ... Clik When U See an Ads Baner
Klik Baner Duit Tabung ... Clik When U See an Ads Banner
Kongsi Ilmu
Doa Penerang Hati dan Memulakan Bacaan
Bismillahhirahmanirrahim
Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku
DOA MURAH REZEKI
~wajar diamalkan setiap waktu…
Ya Allah,sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia;
jika ia ada dibumi,keluarkanlah ia, dan jika ia ada didalam lautan,munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,dekatkanlah ia,
jika ia sedikit, banyakkanlah ia; dan jika caranya sukar untuk sampai kepada kami, mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,wahai Yang Maha Pengasihi diantara yang pengasih.
Aminnn...
sABaR iTu kUnCi KEjayAaN,
Sabar itu separuh daripada iman,
Syukur dan sabar adalah kunci kehidupan,
Sikap sabar dan tawakal adalah kunci keberhasilan,
Pahala bagi orang yang sabar itu tanpa batas,
Sabar Kunci Sukses ,
Apa sahaja amalan di lakukan dengan Ikhlas dan disertai kesabaran,
Insya ALLAH akan beroleh kemakrifah kepada ALLAH Taala.
"Sesungguhnya ALLAH Taala bersama-sama dengan orang yg sabar..."
Keikhlasan Hati Punca Ketenangan :L --> ):
Saturday, April 17, 2010
Untuk Mencerahkan Kulit Wajah Kusam ( Dengan Nenas )
Petua ini menggunakan jus nenas untuk mengembalikan keremajaan kulit wajah. Enzim yang terdapat pada nenas dikatakan dapat mengeluarkan sel-sel kulit mati yang berada pada permukaan kulit wajah. Sel kulit yang mati menghalang kulit daripada bernafas dan seterusnya menyebabkan lebih banyak tisu kulit mati dihasilkan.
Cara-cara untuk menyediakan petua ini adalah dengan mendapatkan jus nenas tersebut (kisar dan tapis untuk mendapatkan jus). Tambahkan sedikit air jika jus tersebut kelihatan terlalu pekat. Petua lain adalah dengan mencampurkan jus nenas ini dengan jus carrot (carrot juga dikatakan dapat mencerahkan kulit wajah).
Cara nak apply petua ini adalah dengan merendamkan beberapa keping kain kasa atau tisu muka ke larutan tadi. Kemudian berbaring dan letakkan kain kasa atau tisu muka yang telah direndamkan ke larutan tadi pada muka. Tunggu sehingga 15 minit sebelum membersihkan wajah dengan air suam suam kuku.
Rutin ini disambung dengan menggosok secara perlahan kulit wajah dengan kain lembut. Ia dikatakan akan mengeluarkan sel kulit mati yang telah berjaya dilongggarkan dengan melakukan petua di atas tadi.
Cuci semula wajah dengan air suam dan seterusnya dengan air sejuk. Kemudian keringkan wajah sepeti biasa...Air suam dikatakan dapat membuka liang-liang roma dan air sejuk pula dikatakan dapat membantu mengecilkan liang-liang roma. Jadi inilah sebabnya air suam digunakan.
menghitamkan rambut, ambil sebiji nanas yang telah dimasak. Perahkan airnya ke atas rambut sehingga basah. Balut kepala dengan tuala/kain bersih dan biarkan selama 1 jam. untuk kesan yang lebih baik, amalkan setiap hari atau sekurang-kurangnya tiga kali seminggu.
1 comment:
herbalife malaysia
5:49 PM
Info yg bagus...thanks
Reply
Delete
Replies
Reply
Add comment
Load more...
Newer Post
Older Post
Home
View mobile version
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Info yg bagus...thanks
ReplyDelete